ASSALAMUALAIKUM WBT
Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz
memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan
pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah
kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin
yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan
kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Lauh Mahfuz.
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka
lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian
mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka
mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang
mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan
berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Lauh Mahfuz
dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.
Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur
membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan
semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah
bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan
dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang
kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan
sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu,
terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang
bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda,
dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Yang jelas jika anda tidak
meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling
menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas
insya Allah
No comments:
Post a Comment