Thursday, July 18, 2013

SALAM RAMADHAN :)

ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT SEJAHTERA.



Syukur ke hadrat Illahi kerana kite harini masih diberikan peluang utk bernafas dan melakukan ibadah dan melaksanakan Rukun Islam kite yang ke-3. Di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Kali ni aku nak bercerita serba sedikit tentang bulan yang mulia ni. Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

So daripada firman dan hadis di atas,telah diberitahu bahawa berpuasa adalah satu kewajipan kepada kita sbg umat Islam. So jangan sesekali kita meninggalkannya kecuali dgn sebab2 tertentu,kalau ade sebab pun kita tetap kena ganti jugak, Faham tak setakat tu ?

Haha ok,seterusnye berpuasa bukanlah maksudnye kita setakat menahan lapar dan dahaga, puasa Ramadhan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadhan. Hukum puasa Ramadhan adalah wajib bagi umat Islam. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. So, menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

And then tentang niat puasa pulak. Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

atau

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ لِلَّهِ تَعَالَى 
Niatnya: Sahaja aku puasa esok kerana Allah Taala.


Lafaz Niat Yang Lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa, malah ada niat atau cita-cita di dalam hati untuk bangun sahur itu juga dikira sudah berniat untuk berpuasa kerana seseorang itu tidak bangun sahur atau bercita-cita bangun sahur melainkan bertujuan untuk berpuasa esok harinya, melainkan jika dia memang berniat tidak mahu berpuasa jika tidak terjaga semasa waktu sahur.

Menurut mazhab Syafie, Hanafi dan Hambali bagi puasa Ramadhan itu wajib diniatkan pada setiap malam sepanjang bulan tersebut, waktunya mulai terbenam mata hari hinggalah sebelum terbir fajar pada malam-malam tersebut. Manakala mazhab Maliki pula menyatakan bagi puasa Ramadhan itu memadai diniatkan sekala sahaja iaitu pada malam pertama dengan meniatkan sebulan penuh.[1]

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu lafaz niatnya:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ وَ إِلَى ءَاخِرِ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala.

So pandangan aku,bagi lelaki eloklah kita niat berpuasa sebulan terus,yelah kan,takut kalau berniat hari kang takut lupe plak. Buat rugi je kan kite berpuasa.

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Tengok,betapa ruginya kita kalau meninggalkan puasa dgn sengaja,so kepada semua,aku harap korang tak lah tinggal puasa dgn sengaja k,rugi bhaii, Ramadhan hanya setahun sekali je. Bukan 2 kali,bukan 3 kali bukan 4 kali. Haha dah mcm video Puteri Awani couple seminggu pulak dokk,haha -.-

Tapi korang kene tahu,walaupun puasa ni wajib,tetap ada golongan2 yang tidak wajib berpuasa bagi certain2 org. Ini dinamakan syarat wajib puasa. 3 golongan yg wajib berpuasa adalah berakal,sudah baligh dan yang ketiga adalah mampu ataupun tidak uzur.

And then syarat sah puasa plak adalah orang yg beragama Islam,berakal dalam erti kata lain tidak sah jika gila atau kanak-kanak belum mumayyiz. Suci daripada haid dan nifas,dan yang terakhir,berpuasa hendaklah dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Tempoh haram puasa ? Mesti ade di kalangan kita yg x tahu bila pulak tempoh haram puasa kan,its okay,manusia dilahirkan mmg utk menimba ilmu. So kat sini aku nk bgtaw waktu yang diharamkan berpuasa.
1. Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
2. Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
3. Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
4. Puasa pada Hari Tashriq pada 11, 12, 13 Zulhijjah
5. Puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijjah, larangan berpuasa menurut Mazhab Syiah, tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Muslim yang mengikuti Mazhab Ahli Sunah Waljamaah, namun menurut pandangan Ahli Sunah Waljamaah juga, haram berpuasa pada hari tersebut bagi orang yang menunaikan Haji di Arafah. So yang x menunaikan haji tu xpelah,boleh puasa pada hari tersebut.
6. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya sedangkan suaminya berada di rumah
7. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudarat ke atas dirinya kerana berpuasa


Nampak tak betapa sayangnya ALLAH kepada kita,puasa tidak dibolehkan bagi org yang bimbang berlakunya mudarat ke atas dirinya.


And then,terdapat gak golongan yang harus berbuka,contohnya mcm kat atas lah,org yang bimbang akan berlakunya mudarat ke atas diri,tapi ada lagi golongan yang harus berbuka. Contohnya orang yang berkerja buruh, orang yang dalam musafir (perjalanan),orang tua yang sudah lemah, orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.


Aku rasa dah cukup sampai di sini je kot,semoga apa yang aku post harini dpt menambah sedikit ilmu kepada anda semua. Bagi yang xtaw waktu imsak dan berbuka,korang boleh refer kat sini. http://www.e-solat.gov.my/


So sekali lagi aku nak mengucapkan selamat berpuasa dan Assalamualaikum :)


p/s : arini bersahur makan nasi putih lauk ayam goreng,air teh ais :)

No comments:

Post a Comment