Wednesday, July 17, 2013

Kemana Roh Kita Ketika Kita Sedang Tidur ?

Assalamualaikum


Hellow bakal mayat dan bakal bangkai sekalian. What's up yaw?

Aku nak tanya korang something. Kenapa kanak-kanak mudah nampak makhluk halus tak seperti orang dewasa? Kenapa bila kita bermimpi kita jatuh gaung or jatuh tangga, or jatuh dari tempat tinggi, kita akan terus terjaga dari tidur? Dan soalan terakhir, kenapa most of us, ada yang kena tindih?

Pernah tak anda terfikir, kenapa kita tak boleh bergerak semasa kena tindih? Bukan je bergerak, bercakap pun tak boleh. Kalau ada orang baring atas anda, tak kan la suara tetiba hilang kan? So, apa rasionalnya bila kita "Paralyzed semasa tidur", kita kata kita kena tindih?

Pernah tak anda terfikir yang anda bukan kena tindih tapi sebenarnya, sebahagian dari roh anda dalam proses untuk masuk / keluar ke dalam badan anda? Dan itulah sebabnya anda tak boleh menggunakan jasad  anda. Dan pernah tak anda terfikir yang mahluk yang berdiri /  duduk di atas badan anda masa kena 'tindih' tu sebenarnya makhluk yang nak masuk ke dalam jasad  anda disebabkan jasad  anda  kosong? (Roh anda keluar, jasad anda umpama empty vessel). Dan tahukah anda yang roh setiap dari anda, anda, anda dan anda keluar dari badan semasa anda tidur? Dan setiap dari itu, anda ada chance untuk di rasuk hantu?



Adakah saya dah berjaya membuatkan anda rasa nak baca lagi entri ni sebab tertanya-tanya? Atau, anda akan berhenti membaca sebab takut?

Contohnya, korang balik dari kelas or kerja yang amat memenatkan. So korang pun masuk la ke bilik korang yang beraircond tu. Peh, penat-penat, berpeluh-peluh, baring pulak kat dalam bilik yang bersuhu dingin. Memang layan. Selepas tu, korang terus baring sambil pandang siling dan berangan. And then tetiba, bam, korang rasa tak sure yang korang dah lock ke belum pintu pagar luar rumah korang. So korang bangun la untuk pergi periksa. Korang intai dari tingkap tengok-tengok masih belum berkunci. So korang pergi la semula ke bilik korang untuk ambil mangga pintu. Tapi bila je korang masuk balik dalam bilik, korang nampak diri korang tengah baring. Wuuuuuuuu.

Sebenarnya, peristiwa di atas dikenali sebagai Keluar dari badan dalam bentuk 'roh'. ianya terbahagi kepada dua iaitu Astral Projection dan Out of Body Experience.

Astral Projection (AP)- Keluar dari badan dalam keadaan sedar or/and on purpose. Mostly fully roh akan keluar. Kita akan masuk ke Alam Roh di dunia nyata.
Out of Body Experience (OBE) - Keluar dari badan dengan keadaan tak sedar dan tidak sengaja. Mostly, sebagian dari roh yang keluar. Roh yang keluar akan masuk ke Alam Roh di dunia nyata.

Konsep Astral Projection adalah simple je which is untuk certain people, mereka boleh keluarkan roh mereka dengan sengaja dan berjalan-jalan dalam bentuk roh. Berjalan ke mana? Kemana-mana yang mereka suka. Tapi for most of us, kita mampu keluar kepada bentuk roh hanya bila kita dah tidur (Out of Body Experience. And most of the time, we will not even remember about it. Kalau ingat pun, kita akan sangka yang ianya satu mimpi.


Secara dasarnya, Astral Projection dan Out of Body Experience adalah perkara yang sama. Tapi yang membuatkan Astral Projection ni jadi terkenal adalah disebabkan oleh filem horror or filem hantu yang bertajuk Insidious. Hantu dalam cerita ni tak menakutkan. Tapi jalan cerita dia yang amat interesting yang membuatkan cerita ni jadi spooky gila. Dan tak lupa juga, unsur suspen pun tak sebanyak cerita Ju On. Yet, ianya amat menakutkan.Tales dari movie Insidious adalah simple. Konsep yang sama diterapkan iaitu tentang manusia yang keluar dari badan dengan bentuk roh. Cuma, yang bezanya adalah bila sesorang tu dah keluar dari jasad dia, ada makhluk halus or hantu yang akan masuk. Iye lah. Badan dah tak ada roh. Mesti la jasad kita kosong kan? So, hantu, iblis, jin dan syaitan akan ambil kesempatan untuk masuk.


Out Of Body Experience (OBE) vs Kena Tindih.
Pernah tak korang kena tindih? Actually aku tak pernah. Aku tak tahu la samaada aku tak pernah kena tindih atau aku tak ingat yang aku pernah kena tindih. Tapi seriously, secara sedarnya, aku tak pernah kena tindih. Yang aku ingat, abang aku selalu golek dan baring atas belakang aku masa aku tengah tidur. Tu cara dia kejutkan aku secara manja.

And aku pernah tanya pendapat kawan-kawan aku yang ber pengalaman kena tindih ni. Once dia kena tindih, dia akan nampak dan dengar macam-macam. Ada nampak muka ni, ada nampak muka tu. Ada dengar suara ni, ada nampak suara tu. Dan tak tekercuali, ada yang nampak diri sendiri yang tengah tidur.

Tapi korang tak pelik ke? Korang kata kau kena tindih, korang tak boleh gerakkan badan. Tapi macam mana korang boleh tengok seluruh bilik or tempat tidur korang?


Dari segi pengkajian yang unproven scientific, kena tindih juga adalah sebagian dari Out of Body Experience. Dengan kata lain, sebahagian diri anda keluar ke bentuk roh dan sebahagian lagi masih dalam badan. And thats why la korang tak boleh gerakkan langsung angota badan korang sebab sebahagian roh anda dah keluar. Dah sebab itu lah juga ada certain orang bila kena tindih, dia seolah-olah nampak makhluk lain sebab dia masuk ke alam yang... erm... yang lagi satu. Atau dikenali sebagai Alam Roh. Di alam roh, anda nampak lah makhluk halus ke, roh si mati ke apa ke. Semua boleh nampak. Anda mungkin mengalami double visual - Mata dari jasad dan mata dari roh. Tapi, anda tak boleh mengerakkan kedua-dua jasad dan roh anda pada masa yang sama kalau tengah OBE or AP.

Tanda-tanda anda dalam Astral Form.
Antara tanda-tanda yang anda dalam keadaan Astral Form adalah anda nampak diri anda yang sedang tidur. Yet, anda dapat rasanya yang itu bukan mimpi. Itu amat-amat real somehow. Tapi, dikatakan, tahap paling susah untuk capai Astral Form adalah ketika hendak keluar dari jasad kita. Dan ini akan membawak kepada rasa kena 'tindih'. So, kalau anda dah berjaya nampak diri anda tengah tidur, itu maksudnya anda dah completely in Astral Form.

Dejavu vs Astral Projection dan Out of Body Experience vs Time Traveler.
Ada yang mengatakan yang Dejavu juga berpunca dari Astral Projection. Untuk certain expert, ada yang boleh pergi ke masa depan dan ke masa lampau. Roh kita pergi ke masa depan dan lihat apa yang kita buat. Then, bila kita in real life pergi ke tempat dan masa tu, kita akan terkejut sebab kita seolah-olah pernah alami situasi tu. Then sure kita akan berkata "OMG, Dejavu!". Tapi ada dua je jenis orang yang mampu buat macam ni on purpose which is orang yang dikehendaki oleh Allah (Ahli sufi, ahli sunnah, wali, tinggi agama and etc) dan orang yang bersahabat dengan syaitan ( Bomoh, penilik nasib etc)

Kelebihan Astral Projection dan Out of Body Experience
Banyak gila kelebihannya buat menda ni. Antaranya adalah korang boleh berjalan-jalan ke mana yang korang suka. Korang boleh pergi London tonton Olimpik. Korang boleh pergi Australia tengok kangroo. Korang boleh pergi New Zealand stalk Kiwi. Anda juga boleh jumpa dengan roh-roh si mati. Selain itu, anda juga boleh nampak makhluk halus. Ianya sure fun kalau anda boleh pakat dengan kawan untuk melakukan AP dan tengok hantu ramai-ramai kan? Tak pun, terbang ramai-ramai dan sebagainya.

Dari apa yang aku baca, ramai yang tak berjaya buat Astral Projection dan Out of Body Experience ni adalah disebabkan makhluk halus. For example, aku perasan ramai orang melayu yang buat benda ni, masuk balik ke dalam badan disebabkan oleh hantu. Once roh dah nak keluar, sure akan ada hantu / roh si mati yang tertarik. Pastu hantu tu mengintai kan? And sure la kita akan takut kan? Bila kita terlampau takut, kita akan terjaga dari tidur. Sebab tu la kalau kita mimpi kita jatuh dari tempat tinggi, kita akan terserentak.

Side Info

  1. Ada certain penceritaan yang mengatakan bahawa semasa AP dan OOB, yang keluar bukannya roh tetapi Qalbun kita. Thus, teori movie Insidious adalah karut.
  2. Ada certain pendapat yang mengatakan Rasulullah, naik ke lagit dalam bentuk roh - Which is Astral Projection. But, tak ada sesiapa boleh sahihkan peristiwa ini since ianya tergolong dalam perkara ghaib.
  3. Ramai melayu dan rakyat Malaysia claimed yang mereka berjaya melakukan Astral Projection dan berjumpa dengan orang lain di alam lain yang juga boleh melakukan Astral Projection.
  4. @Adamvai (Twitter - Ghost hunter Entity666), claimed dia melakukan Astral projection hampir setiap hari untuk menjalankan kerjanya - memburu hantu. 
  5. Ramai orang-orang tua yang selalu melakukan Astral Projection ketika berzikir masa hendak tidur. Tetapi dia tak tahu yang ianya adalah Astral Projection dan real. Ramai sangka yang ianya adalah mimpi walaupun mereka rasa real. Dan bagi yang tahu, mereka memanggilnya Meraga Sukma.
  6. Buku / Hikayat penceritaan Bercakap Dengan Jin karya Tok Awang Ngah juga menceritakan tentang Meraga Sukma.
  7. Ada perubatan Islam menggunakan Meraga Sukma untuk merawat pesakit secara Perubatan Jarak Jauh.


P/S : Let me know kalau ada fakta salah. Aku sebenarnya masih baru dalam bab ni.

No comments:

Post a Comment